Tuesday 29 March 2011

MUKADDIMAH

Assalamualaikum,











Dimulakan dengan lafaz yang mulia semoga dengan kehadiranNya di sisi membuatkan perjalanan perniagaan kami di dalam keredhaanNya. Kami memulakan perniagaan ini sebagai langkah untuk mengikuti pesanan Nabi SAW yang bersabda "Berniagalah kamu kerana 9/10 sumber rezeki adalah dari perniagaan "(Hadis riwayat Tirmizi). Walaupun hadis ini bertaraf Dhaif mengikut Albani namun untuk diamalkan tidaklah menjadi kesalahan untuk saya sebagai orang awam yang hanya ingin mencari rezeki halal untuk anak isteri. (Doakan kami cepat-cepat dapat naik haji).


Sebenarnya niat untuk berniaga secara online sudah lama berputik di hati namun disebabkan terlalu asyik membuat kajian hinggakan masa terbuang begitu sahaja. Ditambah lagi dengan takut tiada orang yang berminat dengan produk yang ditawarkan juga menjadi subjek kajian yang tidak sudah-sudah. Pokok pangkalnya setiap kajian yang dijalankan itu berasal dari satu perkataan : TAKUT. Takut tak ada orang beli, takut tak laku, takut orang marah sebab kacau bisnes mereka. Begitulah sehari-hari kehidupan kami suami isteri yang berada di dalam lingkungan ketakutan akibat TIDAK YAKIN PADA KEMAMPUAN DIRI SENDIRI dan TAKUT KEPADA KEGAGALAN.


Ohya lagi satu sebab lambat memulakan projek bisnes online ini juga disebabkan tidak pandai untuk buat Blog. Hehe. Walaupun bunyinya agak kelakar namun itulah hakikatnya. Kesudian tauke kek Mbak G-an  (kek dia memang tip top top tip. Recommended)  untuk membuat satu blog betul memberi satu anjakan paradigma ke arah pembukaan bisnes ini. Jadilah satu blog dan bertambah semangatlah kami. Terima kasih tak terhingga pada Mbak G-an. Semoga Allah memudahkan segala urusannya disebabkan dia memudahkan urusan orang lain serta mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Amin....


Yang berjaya itu berusaha, yang gagal itu mencari alasan dan menyalahkan orang lain. Semoga kata-kata ini memberi semangat kepada orang lain untuk mempraktikkan apa yang disabdakan oleh kekasih kita Nabi Muhammad SAW  "Berniagalah kamu kerana 9/10 sumber rezeki adalah dari perniagaan ".  Doakan segala urusan kami dipermudahkan oleh Allah SWT.  


Antara barangan yang dijual ialah set peralatan dapur cap Buaya yang Original Made In Thailand. Brand ni kalau dengan kelompok mak2 kita kat kampung memang cukup terkenal dengan ketahanan produknya. Cuba tanya mak2 kita yang menggunakan periuk jenama ni dah berapa lama dia tak tukar periuk sejak dia beli. Ada yang dah sampai 28 tahun masih menggunakan periuk yang sama iaitu Periuk Cap Buaya.



Pergi ke