Labels

Showing posts with label Produk CCH cap Buaya. Show all posts
Showing posts with label Produk CCH cap Buaya. Show all posts

Monday, 25 April 2011

Periuk Kukus cap Buaya Original

Periuk kukus ini saya pun kurang pasti apa kegunaannya mungkin nak kukus kek kot. Tapi inilah antara barangan yang paling top selain periuk enam beradik.

Periuk ni berbeza saiz dan berbeza harga jugak. Paling besar 44cm dan paling kecil 26 cm.
Periuk Kukus.

Saiz 44 cm - RM 200
Saiz 40 cm - RM 165
Saiz 36 cm - RM 140
Saiz 34 cm - RM 100
Saiz 32 cm - RM 90
Saiz 30 cm - RM 85
Saiz 28 cm - RM 80
Saiz 26 cm - RM 75

Pos - RM 20 semenanjung/RM25 sabah/sarawak
PosMalaysia domestik. Tempoh sampai =3-5 hari 

Ini saiz paling besar iaitu 44cm. Berat lebih kurang dalam 4-5kg sekali dengan kotak.
Harga RM 160 (saya pernah tengok ada orang jual periuk saiz ni RM320.Wow!!)
Pos RM 20 semenanjung
RM 25 Sabah dan Sarawak



Mungkin ada yang tertanya-tanya macamana saya boleh jual begitu murah sedangkan orang lain jual dengan harga mahal? Jawapannya ialah faktor kos yang tidak terlalu tinggi untuk saya berulang alik ke Thailand serta kos pos saya dah nyatakan sekali jadi tidak ada kerugian bagi pihak saya untuk menjualnya dengan harga yang lebih murah dari Malaysia. Makan untung sikit-sikit untuk lepas bayar kredit kad bulan-bulan pun dah Alhamdulillah. 

Ohya lupa nak bagitahu seminggu hanya 3 order untuk produk-produk berskala besar seperti periuk dan periuk kukus kerana kalau lebih dari 3 bermakna saya akan dikenakan cukai oleh Kastam. Untuk mengelakkan daripada dikenakan cukai saya limitkan kepada hanya 3 order untuk setiap minggu. Pembayaran pula hanya dibuat pada hari Khamis kerana sesi mengambil stok ialah pada hari Jumaat. Faham semua? kalau tak faham sila hubungi no telipon saya 0173706910 untuk mengetahui lebih lanjut. Saya rasa dah cukup clear dah..

Periuk 6 Beradik-Produk cap Buaya Original-MADE IN THAILAND

Produk Cap Buaya Original made in Thailand. dikenali sejak tahun 1967 lagi sebagai pembuat barangan kegunaan dapur yg tahan lasak walaupun digunakan berpuluh-puluh tahun. Cuba tanya mak2 kita kat kampung periuk yg paling dipercayai utk digunakan di dapur. Kebanyakan mereka memilih PRODUK CAP BUAYA.

Mungkin yang bujang tertanya-tanya nak buat apa beli periuk bukan aku masak pun, jadi jawapannya ialah ia sesuai untuk dijadikan hadiah kepada ibu di kampung. anda hanya perlu order dan buat bayaran dan segala2nya akan diuruskan oleh pihak kami. Buat kejutan kepada ibu kita sekali sekala memang berbaloi2.

Untuk pengetahuan semua, produk ini diambil terus dari Thailand tanpa menggunakan orang tengah. Ambil terus dari gudang so ia lebih murah daripada yg dijual di pasar raya atau kedai menjual peralatan dapur di seluruh Malaysia. Kalau tak percaya sila bandingkan harga kami dengan kedai-kedai di luar.

Ok tanpa melengahkan masa mempromosikan produk-produk buatan CCH atau kat Malaysia lebih dikenali dengan produk Cap Buaya. Antara produk-produk yang dihasilkan ialah periuk bertangkai, periuk tak bertangkai, tempat basuh tangan, cerek, periuk kukus, senduk, kuali dan banyak lagi la yang meliputi barangan dapur. Tapi saya cuma ambil stok barang-barang yang mudah untuk di poskan sebab didatangkan sekali dengan kotak jadi kerja saya untuk membalut dan membungkus lebih mudah.

Antara barangan yang dijual
Ok saya nyatakan harga satu persatu untuk memudahkan pemilihan.

Periuk Cap Buaya 6 Beradik Original (bertangkai)

Saiz - paling kecik 16cm, paling besar 26cm
Harga - RM100
Pos - RM 18 (Semenanjung )
RM 25 (Sabah, Sarawak)
PosMalaysia domestik. Tempoh sampai =3-5 hari


Periuk Cap Buaya 6 Beradik Original (bertangkai/tak bertangkai) harga sama. Ada orang suka yang bertangkai, ada yang suka tak bertangkai. Tapi kualiti sama harga pun sama.

Saiz - paling kecik 16cm, paling besar 26cm
Harga - RM100 (mana nak dapat harga ni kat kedai)
Pos - RM 18 (Semenanjung )
RM 25 (Sabah, Sarawak)
PosMalaysia domestik. Tempoh sampai =3-5 hari


Untuk pembelian sila rujuk di info. Sekian terima kasih. Selamat membeli!!




Pergi ke