Sunday 24 April 2011

Kelambu style khemah..senang untuk travel. RM45 termasuk Pos



Perasan tak nyamuk zaman mutakhir ini berevolusi dengan zaman. Kalau dulu nyamuk hanya bermain di kawasan rendah sahaja namun kini penghuni pangsapuri atau kondominum yang tinggal di tingkat 20 sekalipun belum tentu selamat dari serangan nyamuk. Pengalaman diri sendiri yang pernah menumpang di rumah seorang kawan yang tinggal di tingkat 17 membuatkan saya terfikir tentang kehebatan nyamuk akhir zaman ni.

Mujurlah terjumpa jalan penyelesaian yang paling efektif sejak turun temurun iaitu kelambu. Ramai yang dah tahu pasal kelambu ni namun harga-harga yang ditawarkan agak tinggi so saya mengambil keputusan untuk turut serta menawarkan produk yang semakin digilai oleh orang ramai iaitu Kelambu Khemah. Ada yang panggil kelambu moden so ikut suka la nak panggil nama apa pun tapi yang penting tujuan dia ialah untuk menghindari nyamuk.

Pengalaman diri sendiri (lagi), menggunakan kelambu ni tidak sesepanas menggunakan kelambu biasa yang terpaksa digantung pastu kalau paku@penyangkut kelambu tu jauh kena pasang tali semua bagai. Jadi agak leceh untuk orang yang agak malas+penat. Dengan kelambu ni nak travel balik rumah mak mertua pun senang. oh ya terlupa nak cerita tentang balik rumah sendiri di Kuantan. Rumah mak saya di Kuantan agak panas pada waktu malam ditambah lagi dengan tiada kipas nyamuk banyak. Nyamuk kat situ memang banyak la. Bangun pagi2 amik raket karen tu dah bunuh beratus-ratus ekor tapi waktu malam banyak lagi rupanya yang tak mati lagi.


.


Ok sambung balik, tidur kat rumah mak memang kena pasang kelambu sebab kehadiran nyamuk yang banyak memang tak boleh tidur dibuatnya. pakai pulak kelambu yang style lama tu pehhh panas giler...tapi sebab mengantuk punya pasal ok je tidur dengan guna kotak sebagai kipas. hehehe. Tapi kini segala urusan tentang kelambu menjadi mudah dengan kehadiran kelambu ni. best2. Dah la senang nak guna, boleh lipat2 masuk dalam kereta dan yang paling penting BERADA DI DALAM TIDAK PANAS. Ini juga antara ciri-ciri yang penting dalam pemilihan kelambu. Bebas nyamuk dan tak panas. Ingat tu cewah,

Okla untuk menjimatkan ruang blog, terus kepada perkara yang nak diniagakan.

KELAMBU KHEMAH. dijual dengan harga RM45 termasuk Pos (Untuk dalam semenanjung sahaja). Pasaraya Kowboi kat Kuantan pun jual RM48.

Saiz : 180 * 200 = Queen Size. 
Untuk yang King Size mintak maaf setakat ni tak jumpa lagi supplier yang ada size 200*200. Boleh masuk 2 dewasa dan 2-3 orang anak. Lapikkan je dasar dengan tilam atau toto. Lepas pakai boleh lipat balik masuk begnya macam kat bawah ni.





No comments:

Post a Comment

Pergi ke